Followers

Khamis, 18 November 2010

INILAH CERITERIA HAMBA


 

Ntah bilalah agaknya karya Maya Mistik ni nak diterbitkan. Dah lama sangat PENANTIAN ni tp tak ada pn tanda2nya karya ini nak diterbitkan. Kalaulah sya tahu pihak PEnerbit mngambil msa yg agak lama nak terbitkn manuskrip ni... rasanya tak mungkin sya akn sign surat prjnjian pnyerahan HakCipta karya. Rasa rugi sgt mnanti walhal karya mistik lebi susah nak dihasilkn brbanding karya cinta. Huhh...



Cerita ini mengenai kisah cinta sepasang kekasih yang berbeza dunia. Hazarul adalah seorang pemuda kacak yang hidup bertemankan kekosongan dan kehampaan dalam hidupnya. Kekayaan yang dimilikinya umpama limbahan memori-memori usang yang sungguh menyedihkan. Sekian lama dan saban detik Hazarul ditekan kemurungan hingga akhirnya situasi tersebut menyumbang musibah tanpa Hazarul sedari. Hazarul permisi dari dunia fana ini selepas terlebih had pengambilan pil penenang. Namun apa yang Hazarul rasai... dia masih berada dalam alam nyata ini dan menikmati hidupnya seperti biasa.

Momen cinta indah milik Hazarul tersibak selepas pertembungannya dengan seorang gadis bernama Aries. Aries adalah seorang gadis pelik dan hidupnya juga diselubungi seribu misteri. Gadis itu asalnya seorang gadis yang baik namun tekanan demi tekanan yang menampar dirinya membuatkannya mengasingkan diri dari kehidupan manusia biasa. Aries menjadi pelarian dan pendatang dalam dunianya sendiri. Jelasnya, kewarasan Aries dah sedikit berkurangan dan mindanya hanya diisi oleh dunia imaginasi yang terhasil dari kotak fikirnya sendiri.

Tanpa Aries sedari, dia dan Hazarul menyelak lembaran perkenalan selepas Aries melakukan percubaan untuk menyelinap masuk ke dalam kondo milik lelaki tersebut. Hazarul yang berasakan dirinya masih bernyawa cuba memburu gadis tersebut selepas pencerobohan yang berlaku dalam kediamannya. Buruan demi buruan yang dilakukannya akhirnya membenihkan bibit cinta di antara mereka berdua. 

Hazarul mula merasakan keganjilan yang berlaku dalam hidup Aries apabila setiap pertemuan mereka berdua hanya berlaku pada waktu malam. Sedari detik itulah, Hazarul mula melabelkan Aries sebagai gadis yang telah lama permisi dari alam fana ini. Namun kerana cinta Hazarul bertekad akan meneruskan kisah kasih ini walau terpaksa mengorbankan dirinya.

Nampaknya tanda tanya Hazarul masih tidak menemui penamatnya apabila pemuda itu mula berdepan dengan beberapa kelibat yang ternyata milik insan-insan yang dikenalinya juga. Peliknya, Aries juga turut melihat tetamu-tetamu tersebut. Situasi ini membuatkan Hazarul mula menelah bahawa kehadiran kelibat-kelibat halus itu adalah disebabkan oleh Aries.

Tidaklah diketahuinya bahawa perbezaannya dengan gadis bernama Aries ialah Aries masih bernyawa dan menerima jolokan sebagai gadis kurang siuman dalam dunia nyata. Sementara Hazarul pula dah lama berangkat pergi dari maya ini dan jasadnya masih berada dalam kediaman mewahnya. Tiada sesiapa sekalipun salah seorang dari rakan-rakannya yang mengetahui kematiannya. Apatah lagi menemui jasadnya...

Arieslah yang pertama namun gadis itu tak mungkin akan membongkar kisah tragiknya kerana Hazarul tak pernah mati pada pandangan Aries....     




Manuskrip ini mengisahkan tentang seorang gadis berdarah Inggeris bernama Annabell. Annabell telah berkahwin dengan seorang pemuda psiko yang berasal dari sebuah pulau tanpa mengetahui latar belakang sebenar suaminya. Kerana cinta Annabell akhirnya mengikuti Hardy ke sebuah pulau impian untuk memulakan kehidupan baru.

Berbulan lamanya terkurung akhirnya Annabell mula menyedari sesuatu yang tidak kena pada suaminya dan pembantu rumah bernama Encik Crosaic Dalmoth termasuk pulau tersebut. Madu yang diharapkannya akhirnya bertukar racun selepas menyedari suaminya adalah seorang manusia berhati binatang. Kegemaran lelaki kacak itu mencantas batang leher manusia hanya disedarinya selepas beberapa bulan.

Annabell cuba melarikan diri namun kasih sayang lelaki tersebut bagaikan selumbar yang tersorok jauh di dasar hati hingga membuatkannya berasa berbelah bahagi. Ketika Annabell sedang sarat mengandung, Hardy terpaksa membuat pilihan apabila manusia suruhannya semakin membenci dan bercadang mahu membunuh wanita yang teramat disayanginya itu. Kerana terpaksalah, Hardy cuba membawa isterinya keluar dari pulau tersebut.

Namun usahanya gagal setelah diserang dan dibunuh dengan kejam oleh pembantunya sendiri. Sementara Annabell pula berjaya sampai ke tebing pulau lalu melahirkan seorang bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa. Situasi genting yang dihadapinya ketika itu memaksanya meninggalkan jasad bayi tersebut di situ.

Dalam kepayahan Annabell meneruskan perjuangan dan berjaya keluar dari pulau yang diibaratkannya sebagai Pulau Jirat. Tanpa disangka sekali lagi Annabell melahirkan seorang bayi lelaki sewaktu perahu layar yang dinaikinya berada di tengah lautan. Dalam rasa syukur Annabell mengalungkan rantai yang dipakainya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Mujurlah perahu itu dijumpai oleh seorang lelaki yang kebetulan berada di sekitar tempat tersebut. Di sinilah bermulanya sebuah kisah suka duka milik Harry bersama seutas rantai, selembar cerita mengenai misteri kelahirannya dan cinta seorang gadis cilik berdarah bangsawan. Melalui bantuan seorang lelaki Harry berjaya dipertemukan dengan keluarga ibunya selepas mengharungi hidup sebagai seorang hamba.

Masa berlalu dan setelah sekian lama terpisah dan tanpa diduga... Harry bertemu semula dengan puteri bangsawan iaitu anak gadis majikannya dalam sebuah kapal persiaran mewah. Ketika itu, Harry dan beberapa orang rakannya sedang dalam perancangan hendak menjenguk sekaligus membongkar misteri Pulau Jirat. Cinta mereka berdua kembali berputik dalam diam. Dan Charlotte masih dengan keangkuhan dan keegoannya sebagai seorang puteri Moselle. Namun cinta di hatinya ibarat mengusung batu.. biar berat akan diusungnya juga kerana itulah cintanya.

Harry berjaya menjejak Pulau Jirat namun tanpa pengetahuan, Charlotte dan beberapa orang kawannya telah menyusul ke pulau tersebut. Pelbagai kejadian berlaku sepanjang perjalanan mereka kerana rupanya bukan senang mahu membolos masuk ke kawasan itu. Selain hutan belantara yang dihuni oleh beratus binatang pemangsa seumpama kawanan serigala, bentuk muka bumi pulau itu juga boleh meragut nyawa. Harry terpaksa akur apabila seorang dua temannya tumbang selepas batang leher mereka dicantas dalam gelita malam.

Demikianlah juga halnya kumpulan Charlotte dan Fredo. Kemunculan seorang lelaki bertopeng dengan sebilah parang panjang mengecutkan mereka. Namun mereka tiada pilihan selepas berada dalam Pulau Jirat tersebut. Sama ada meneruskan perjalanan ataupun berpatah balik semula... jawapannya tetap satu iaitu kematian. Tekanan, takut, ngeri, air mata dan pelbagai rasa lagi mula menghambat mereka.

Namun apa yang menjadi persoalan mereka, personaliti lelaki bertopeng itu amat serupa dengan Harry. Bahkan Harry juga turut merasakan naluri, emosi dan keinginan pembunuh tersebut. Demikianlah juga lelaki bertopeng itu dan tanpa diduga... lelaki psiko itu turut jatuh cinta pandang pertama pada Charlotte. Kerana kasih inilah dia berusaha mendapatkan Charlotte dengan syarat dia harus menamatkan riwayat Harry terlebih dulu.

Penukaran identiti berlaku apabila lelaki psiko (Isaac) berjaya keluar dari Pulau Jirat tersebut bersama dengan Charlotte dan beberapa orang lagi rakan-rakan yang terselamat. Sementara Harry pula selaku watak utama (kekasih Charlotte) tersadai dalam pulau tersebut selepas ditawan/dianiya oleh lelaki psiko (Encik Crosaic Dalmoth). Sementara Isaac pula yang menyamar sebagai Harry menjalin pertunangan dengan Charlotte selepas berada di kota London. Seawalnya Charlotte tidak menyedari penyamaran tersebut sehinggalah kematian 2 orang kawannya.

Dalam diam, Charlotte cuba menyiasat latar belakang tunangnya (Isaac yg menyamar sebagai Harry) selepas melalui beberapa kejadian aneh. Ternyata apa yang disangkakannya memang benar dan kerana cintalah dia bertekad untuk kembali ke Pulau Jirat dan menyelamatkan Harry. Ternyata misi tersebut tidaklah semudah yang disangka namun Charlotte sanggup mengorbankan diri demi cintanya terhadap Harry. Sementara Harry pula mengalami trauma yang teruk selepas dikurung di dalam lubang jirat dan diseksa oleh Encik Crosaic Dalmoth. Mujurlah ingatannya terhadap Charlotte menguatkan semangatnya untuk terus berjuang selagi masih bernyawa.



'SIHIR SILUMAN PUTIH'

Mengisahkan mengenai seorang Ratu Siluman. Iaitu Penyihir Siluman Putih yang ingin mewariskan ilmu hitam yang dimilikinya kepada cucunya yang bernama Mawar. Mawar ialah anakanda kepada puteri sulungnya iaitu Puteri Merak Emas. Cubaan Penyihir Siluman berlanjutan selepas kelahiran Merbuk. Keengganan Merbuk membuatkan Ratu Siluman beralih kepada Aruk Jingga, Zamrud Biru dan Kuncur Emas. Mereka bertiga adalah pasangan kembar dan hanya Kuncur Emas memiliki sifat manusia biasa.

Namun campur tangan dari puteri keduanya iaitu Puteri Kencana Puaka memaksa Penyihir Siluman beralah buat seketika. Pelbagai malapetaka terjadi selepas itu. Aruk Jingga dan Zamrud Biru telah melalui dimensi mereka sendiri selepas tercampak ke dunia masa depan. Mereka berdua telah ditakdirkan memiliki kuasa abadi dan bakal menerajui dunia srikandi. Manakala Kuncur Emas pula telah ditemui oleh Puteri Merak Emas di sebuah sungai selepas dihanyutkan oleh Merbuk. Namun ajal gadis cilik tersebut tidak berpanjangan selepas ditawan oleh moyangnya sendiri iaitu Tuk Anjang Kidal dari suku Manusia Kelawar.

Pembunuhan tanpa belas kasihan tersebut telah mencetuskan sumpahan, kesialan dan pelbagai bala. Generasi demi generasi terpaksa menerima geruh tersebut sekalipun telah berusaha untuk memadamkannya. Kisah Penyihir Siluman dan anakandanya iaitu Puteri Kencana Puaka terkubur buat seketika. Namun segalanya akan terbongkar semula selepas kelahiran Dara Purnama iaitu jelmaan Kuncur Emas.



'SUMPAHAN KUNCUR EMAS'


Manuskrip ini adalah kesinambungan PUTERI KENCANA PUAKA I. Ia berkisarkan mengenai kehidupan harian petempatan asli iaitu Bunian Hijau di sekitar wilayah Bukit Berdentum. Pelbagai kejadian aneh berlaku dalam perkampungan mahu pun di kalangan penduduk di situ. Ia adalah kesan sumpahan silam dan trilogi kepada tragedi menyayat hati yang telah merampas zaman dara Kuncur Emas.


Moyang Cempaka Sutera menjadi idola di kalangan penduduk asli Bunian Hijau. Kecantikan luar biasa yang dimilikinya menjadi lambang kemegahan masyarakat mereka. Wanita tersebut menjadi lagenda dan cerita mitos walau sebenarnya masih terlalu banyak sejarah kehidupan lampau yang belum terbongkar. Gadis bernama Indah dan bakal isteri kepada Guntur banyak mewarisi kecantikan moyang Cempaka Sutera sebagaimana layaknya seorang manusia. Namun petaka telah menimpa Guntur selepas cubaan puaka sungai Gading Bertuah membaham isterinya yang tengah sarat mengandung.


Cerita 'Sumpahan Kuncur Emas' lebih kepada tragedi, kesialan, sumpahan dan kehidupan sehari-harian Bunian Hijau. Dan sedikit imbasan masa lalu milik Lang Buana serta kehidupan masyarakat serambi langit. Juga ramalan Puteri Kristal Halimunan serta usaha Datuk Panglima Zarhan Syah dalam menghapuskan penyihir Siluman Putih.




Maya adalah seorang gadis yatim piatu. Masa silam Maya yang diselubungi misteri, tanda tanya dan musibah menjadikan Maya seorang gadis yang pendiam serta penggemar halusinasi. Bahkan Maya juga hidup tersisih dari perhatian teman-teman senasib. Jelasnya, tiada sesiapa pun yang berminat mahu menjadikan Maya sebagai teman istimewa. Ini menjadikan Maya sebagai seorang gadis yang hidup bertemankan delusi, imaginasi dan pemburu impian.

Apapun, Maya tidak pernah berkecil hati walaupun adakala terbetik di hati hendak memiliki seorang dua sahabat akrab sebagai tempat untuknya menumpahkan rencah hati. Maya sedar, takdirnya sudah direncanakan dan dia tidak seharusnya ingkar lalu cuba memesongkan haluan karmanya. Maya percaya, suatu ketika nanti pasti takdirnya akan berubah.

Maya membesar dan meningkat dewasa di sebuah pusat kebajikan. Seperti penghuni-penghuni yang lain, Maya juga turut dibebaskan untuk menongkah hidup baru tanpa bantuan sesiapa pun. Lalu Maya cuba mencipta dimensi dalam hidupnya dengan bertemankan pemikiran primitifnya.

Namun nasib Maya kurang baik pabila ditimpa kecelakaan. Insiden tersebut membuatkan Maya terlantar koma dan sedari itu jugalah Maya dihimpit pelbagai bayangan seram. Kisah demi kisah berlaku dalam alam mimpinya. Bahkan beberapa watak jahat yang pernah menjadi dalang dalam kehidupan seorang pemuda bernama Zak juga turut menghantuinya.

Eroniknya, Zak juga terlantar koma sebagaimana halnya dengan Maya. Malah Zak juga turut berada dalam alam mimpi milik Maya dan ikut terbabit dalam setiap onar yang ditimbulkan oleh watak-watak jahat tersebut. Dalam mimpi tersebut mereka berdua menjadi watak hero dan heroin. Pelbagai kisah perit, mistik, misteri dan seram berlaku dan menghimpit mereka berdua.

Zak yang berasakan dirinya terpenjara dalam mimpi milik Maya menuntut agar Maya melepaskannya dengan menyelesaikan satu misteri yang berlaku sewaktu hayatnya. Zak percaya, hanya pembongkaran misteri penculikan & pembunuhan ngeri itu saja yang dapat menoktahkan mimpi seram yang dikongsikan oleh mereka berdua.

Bahkan Zak juga percaya watak-watak jahat yang penuh penyamaran itu juga mahukan pengakhiran yang sama. Namun kehadiran watak seorang gadis serupa Maya menambah celaru mereka berdua. Keadaan bertambah rumit apabila seorang wanita berkelubung lusuh semakin mengasak mereka berdua dengan pelbagai gangguan.

Jalan cerita karya Maya Mistik ini agak sukar difahami namun percayalah... anda akan faham jalan ceritanya setelah menghabiskan bacaan hingga ke helaian terakhir iaitu muka surat yang ke 820.. .



Gambar ni milik seorang teman kat FB. Salah seorang penggemar novel dan dia sengaja tagging gambar ni kat fb aku. Nak tau kenapa... sebabnya salah sebuah nukilanku turut menghiasi ruang koleksinya. Tengok kat tengah tu... nampak tak novel Zulaikha? he3...

Novel Zulaikha ni adalah hasil jerih mindaku yang ke-4. Ia mengenai cerita cinta romantis di kalangan suami isteri yang baru hendak meneroka alam rumah tangga. 

Jalan ceritanya agak kelakar dan lebih kepada cerita lawak romantik. Tak percaya? Ha... cubalah baca selembar dua pasti anda akan tersenyum sendiri... ahaks!

Apapun... tQ kepada Nana Azra kerana sudi menjadikan salah sebuah dari nukilanku sebagai koleksinya...




Ni pula koleksi Kak Mawar Merah. Bukan setakat ni saja tapi banyak lagi koleksi novelnya hingga beratus buah dalam albumnya. Apapun, cuma gambar ni je yang dia sempat tag kat album fb aku.

Nampaknya buku aku bertajuk Tenda Biru menjadi pilihannya he3. Tenda Biru memang sesuai dibaca oleh kaum perempuan dan lelaki. Cerita buku ni lebih kepada motivasi dan pendapat aku memang sesuailah untuk dijadikan bahan bacaan ringan.


Aku nak ucapkan terima kasih kat Kak Mawar Merah kerana tag gambar ni kat fb aku n nak ucap berbanyak terima kasih sebab memilih buku aku sebagai novel pilihannya.


He3... gambar ni juga kena tag kat aku tapi masalahnya aku tak nampak mana satu novel aku kat gambar ni koz tajuk2 novel ni agak kabur. So aku tak boleh cam mana satu novel aku.  Ha kawan2 semua boleh tolong cari untuk aku ke? hehe

Memang seronok ada koleksi macam ni kan? Aku ni pula langsung tak ada koleksi novel. Aku suka soping novel tapi kurang minat membaca... itu masalahnya.










create your own banner at mybannermaker.com!